Friday, May 27, 2016

:: Apa itu Growth Spurt?::

semalam ghazi ade ciri-ciri tengah GROWTH SPURT...orang cakap tengah alih bulan...
pengasuh cakap dia semalam pon tak tido petang..dok dalam buai kalih2 badan je..tak selesa mungkin...

pastu balik rumah...malam tu tido kejap je...
pastu bangun...siap boleh layan lagi dengan mak cite Seindah Takdir Cinta kat tv3..sampai pukul 2.15 pagi kot..


mak dah pening kepala dah ni..tak cukup tido..
ghazi pulak nenen2 sampai dekat kol 3pagi tak tido2 lagi...
nenen non stop...kite da lah da sakit pinggang dah ni..
untunglah kalau ade yang memahami ku ini...

sekali mak keluar suara petir..kenapa tak tido2 lagi ni?
babap dia sikit..sikit je pon....
haaaaaaaaaaaa...pastu baru dia lelap..
aik..boleh pulak terus lelap...

then pagi dia tido lagi...tapi mak tetap bangun kan dia..mandi kan dia..walaupun dia nangis2..tapi kejap je...
pakai kan baju...masukkan dia buai balik..sementara mak boleh bersiap2 nak pergi kerja...
dah nak gerak...angkut dia dalam kereta...sampai umah pengasuh masukkan dalam buai..sambung tido balik...
huuu..kesian anak mak...semoga dipelihara Allah swt..al-Fatihah...

p/s:: mandikan or kalau tak mandikan,,tapi salinkan pampers anak sebelum hantar ke pengasuh..kita mudahkan keje mereka...i.Allah Allah permudahkan urursan kite jugak...take note ye parent...jangan hantar anak dengan pampers penuh da nak bocor dah..

APA ITU GROWTH SPURT?
=====================
GROWTH SPURT berlaku apabila bayi memerlukan lebih banyak susu bagi membesar pada tempoh2 masa tertentu berbanding waktu biasa.
Ia boleh berlaku pada bila-bila masa terutamanya pada 1 tahun pertama usia bayi.
BILAKAH MASA BAYI KERAP MENGALAMI GROWTH SPURT?
=================================================
- Semasa bayi berusia antara 1 ke 3 minggu
- Usia 6 ke 8 minggu
- Pada usia 3 bulan
- Pada usia 6 bulan
- Pada usia 9 bulan
**Waktu dan jangkamasa setiap bayi adalah tidak sama.
Pada fasa ini, bayi anda mungkin dalam keadaan "BAD MOOD", sentiasa lapar, kuat merengek dan kurang tidur.
Bagaimanapun, GROWTH SPURT ini kebiasaannya hanya berlaku beberapa hari sahaja dan kekerapa bayi menyusu akan balik kepada normal selepas waktu itu.
APA YANG IBU PERLU BUAT?
=======================
- Pastikan ibu minum air yang cukup/banyak seandainya ibu dapati bayi sedang mengalami GROWTH SPURT supaya ibu dapat memberikan susu yang cukup/banyak kepada bayi.
- Pastikan ibu tidak 'skip' makan. Seandainya ibu terlalu kerap menyusukan bayi dan cepat berasa lapar, ambil makanan alas perut seperti roti atau biskut pada selang waktu makan.
- Kenalpasti adakah bayi menangis kerana GROWTH SPURT (lapar) atau disebabkan masalah-masalah lain seperti kembung, kepenatan, kepanasan atau masalah lain.
APA YANG BAPA/AYAH BOLEH BANTU?
===============================
- Bagi sokongan kepada ibu yang terpaksa berjaga atau terpaksa kerap menyusukan bayi yang sedang mengalami GROWTH SPURT
- Bapa boleh bantu siapkan kerja-kerja rumah yang ibu tidak sempat lakukan kerana bayi kerap menyusu/melekat dengan si ibu.
- Bapa boleh bantu menyediakan air minum serta snek ringkas seperti roti dan biskut yang mudah dicapai oleh ibu apabila ibu berasa lapar pada waktu malam atau pada selang waktu makan.
- Bapa boleh cuba ambil dan tenangkan bayi dengan cara mendukung/mendodoikannya. Kadang-kadang bayi lebih mudah tidur dan tidak banyak ragam bila dengan bapanya atau dengan orang lain. ^-^
Adakah ibu-ibu dan bapa-bapa sudah jelas tentang fasa pembesaran bayi yang dinamakan GROWTH SPURT ini?

info :: ArRaudhah fb

Wednesday, April 13, 2016

::Shopping di Taobao, Gedung Beli Belah Murah from China::

Assalamualaikum.. setelah sekian lama tak bersiaran..
kali ni kita nak share story avout shopping!!

Orang perempuan tak sah lah kalau tak shopping..
ni aku dapat tau web Taobao ni dari officemate aku..
so kite pon terjah2 lah...

senang je..bukak guna google chrome..
then korang boleh right click to google translate..
mudah bukan?

Taobao





then click REGISTERED di atas tu...

then boleh la follow instruction one by one...mudah je..
google translate je..



best-best kan? rambang mata tau...
kopak poket..



tengok dalam kurungan tu...yang tulisan besar tu harga dalam matawang China...
yang kecik tu dalam matawang Malaysia...
muraaaahhhh kan??

so ape lagi?? terjah lah!

Monday, February 1, 2016

4 Formal Wear Pilihan Wanita Moden

Assalamualaikum.... hai gais..

Hari ni saja nak share tentang pemakaian pulak...supaya cantik berseri di mana mana.

Kelihatan bergaya dan menyerlah pada setiap masa walaupun di tempat 
kerja adalah idaman setiap wanita lebih-lebih lagi bagi wanita urban yang bekerjaya. 
Khususnya mereka yang bekerja di dalam industri hiburan dan fesyen, penampilan diri 
adalah perkara yang terpenting dan tidak harus diambil ringan.Oleh kerana itu, golongan-golongan ini biasanya amat berhati-hati dalam pemilihan formal wear ke tempat kerja agar penampilan yang sempurna dapat dicapai setiap hari. Well, untuk anda yang juga mungkin tergolongan dalam golongan yang amat menitikberatkan soal pemakaian di tempat kerja, berikut merupakan 4 formal wear ideas yang sering menjadi pilihan ramai wanita moden;

 1. Keep is simple yet outstanding. Kadang kala cukup dengan memakai seluar slack hitam bersama kemeja dan gandingkan bersama blazer yang menyerlah seperti berikut. Pilih koleksi pakaian dengan warna-warna yang ‘rich’ untuk kelihatan elegan.




2. Untuk koleksi dress pula, gayakan dress yang ringkas dengan rekaan yang tidak terlalu seksi.Ini adalah rahsia untuk tampil menonjol di pejabat tanpa perlu menjadi hamba fesyen. Simple is the new elegant.




3. Jangan takut untuk bergaya dengan koleksi jumpsuits yang cukup sempurna dipakai untuk mereka yang mempunyai bentuk yang badan langsing.Rekaan jumpsuits yang cantik terletak pada tubuh badan anda membuatkan anda lebih berkeyakinan di pejabat.





4.  Jangan terlalu serius dan sekali sekala, gayakan koleksiculottes yang selesa ini dengan padanan blouse bermotif vintage. 


ok, lepas tu juga...anda boleh layari laman web Zalora di bahagian Women. Pasti anda akan lebih bergaya dengan koleksi mereka! Jangan lepaskan peluang.. 

Monday, January 25, 2016

::Penderma Susu Ibu untuk Ghazi::

Assalamualaikum...
Anakku Muhammad Khaleel Ghazi dah berumur 1y7m++..
Susu ku pulak tak memenuhi kehendak demand beliau..
So terpaksa meminta sumbangan susu dari rakan2 group #bfmember,,,


Ni senarai penderma2 untuk Ghazi...

1) Wan NurulHazwany Azemin



      derma sebanyak 4oz x 3pack
       terima kasih banyak2...

2)




**akan diupdate setelah ade penderma yang lain...

Entry Yang Menarik Hati Anda::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...